Tabiat Pucong danau

Burung Puchong Danau biasanya bersembunyi dengan baik dalam rumpun Phragmites. Biasanya bersendirian, ia bergerak dengan senyap memburu afimbia dan ikan. Sekiranya merasai diperhatikan, ia menjadi kaku, dengan paruhnya mendongak keatas, menjadikannya kabur kedalam rumpun. Ia paling aktif semasa subuh dan senja.

Burung jantan mampu menghasilkan bunyi mengawan seperti bunyi hon kabus atau seperti lembu boom, mudah didengari dari jarak 2 batu pada malam yang tenang. Perkataan Latin bagi (bittern), Botaurus, turut merujuk kepada kerbau. Nama saintifiknya yang lain, stellata adalah Latin bagi berbintang, merujuk kepada bulu pelepahnya.